Tuesday, December 20, 2011

Kuih Seri Muka/Puteri Salat

Baru-baru ini cubaan membuat kuih seri muka ini. Alhamdulillah menjadi dan sedap sgt. cuba la mcm xcaya semudah itu


Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste) - sy guna paste aje

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. - sy rendam lama dlm 2 3 jam
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas. - sy pakai loyang yang lain. lepas kukus pulut tu sy transfer ke loyang lain sambil tekan2. sy pernah buat pakai loyang sama tp end up x cantek dan agak lembik pulut tu. bila potong melekat

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam.... - sy bungkus tudung pengukus dengan towel bg xnk air menitik dan cantik atas dia. klu x dia blh bertakung air dan makin lembik kepala hijau dia
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

pesanan sy kuih seri muka ini tidak boleh terlalu lembik samada pulut mahupun kepala. dan pulut juga jgn terlebih lemak. pd saya pulut itu blh lagi dikurangkan lemak/santan

Kek Pisang Yani

Antara kek pisang yang saya suka. Bahannya juga agak berlainan. penggunaan fresh cream memberi rasa mewah pada kek ini. cuba la. sedap!

kek ini agak sedikit ye. seperti separuh dari adunan biasa kek lain

Bahan-bahan
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur
3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

** resepi ini di ambil dari myresepi.com. untuk melihat komen2 lain boleh la ke MYR

Kuih Muih Tradisional








ini adalah kuih sampingan yang dijual di stall kami. ada beberapa jenis lagi kami akan cuba update sedikit demi sedikit.


insyaallh kami akan cuba meletakkan resepi kuih2 ini di blog ini


kami juga menerima tempahan untuk kuih tradisional ini semuanya dengan harga rm16.50 utk 50 biji atau kalau datang ke stall kami 3 biji rm1. murah2 sahaja. jemputla datang stall kami ye



Cotton cheese cake Shila



Cotton cheese cake untuk syila. dh lama xbuat cake ni. sungguh lembut kalah kain cotton


Thx shila

Cupcake friendship day




order by Mala alliance bank. Thx mala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Phone No:
Do you need delivery service? Yes (please fill up address below)
No (self pick up)
Address:
Email Address:
Product Type Cheese Tart
Muffin
Cupcake
Cream Cake (b'day & celebration)
Oval Cake
Biskut
lain-lain

This form powered by Freedback