Tuesday, July 26, 2011

apam Dot Dot kak cik








ditempah oleh nursyairah atau aland_kyra nama chattingnya.. hahaha. tp sy panggil dia kak cik je. menyelit dalam kesibukan baking biskut jgk. ini paksaan untuk saya buat ni. sekali tempah 2 bekas. dh la tempah dh mlm nak hari esoknya. demi adik lain mak lain pak ini ku buat je la


harga nya rm22/80 biji. murah-murah je

carrot cake oval kak lyn




di tempah oleh kak lyn senit dan kak ct ambank yang katanya dah meleh airliur bila mana saya bukak promosi carrot kek sebiji rm10. buat je la. kwn2 nak makan. nanti kempunan pulak kakak kakak ku itu.. huhu.. thanks ye sis

Apam Dot Dot Mimie







apam ini ditempah oleh mimie menyelit dalam kesibukan buat biskut raya. dia tempah untuk g picnic PD katanya. enjoy ye mie

Marble cake sebelum puasa



marble cake order by Ija ambank. under raya promotion item rm10 sebiji sahaja

Wednesday, July 20, 2011

Apam Dot Dot






sebenarnya tak nak amek order lain buakn berkaitan raya sekarang tapi ada pulak yang duk merayu-rayu. ini pun 1st time buat apam ni.


so, tempahan apam ini akan dibuka selepas raya. ini hanya untuk sorang budak ngada-ngada ni


inti dalam ni sy gunakan blueberry/kaya dan coklat. insyaallah lepas ni ada inti lain




Kek Rainbow for Nani


ditempah oleh efa (ambank) untuk kawan baiknya Nani



kek ini hasil idea and requested personally by efa



3 layer kek dengan warna menyerlah.





hasil bila dh siap potong untuk dimakan. gmbr ini ditag oleh efa dlm FB. Thanks fa

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 4, 2011

Tempahan Raya 2011.. kini dibuka

Tahun ini kami menawarkan 5 jenis biskut raya termasuk cheese tart. tempahan sudahpun dibuka sekarang sehingga minggu pertama Ramadhan. Kami amat2 berharap para pelanggan dapat menempah secepat yang mungkin.

Bagi cheese tart terutamanya yang mendapat tempahan menggalakkan setiap tahun. Kami amat2 mengalu-alukan tempahan awal bagi memudahkan perancangan kami. lagipun setakat sekarang juga kami telah telah meneriam beberapa tempahan masuk cheese tart. Kami terpaksa membuat had tempahan untuk cheese tart ini bagi menjaga kualiti produk kami

Berikut beberapa jenis biskut lain yang di tawarkan oleh Firzani Bake Houz selain cheese tart yang sekarang sibuka untuk tempahan

Untuk memudahkan para pelanggan kami menyeragamkan harga sekesemua biskut-biskut kami kecuali untuk cheese tart

Cheese Tart

(Gambar boleh didapati dimana-mana label berkaitan cheese tart didalam blog ini)

Berpengalaman dalam bidag cheese tart sejak tahun 2008. Resepi hasil olahan sendiri namun diinspirasikan dari beberapa resepi sifu-sifu terkenal. Antara produk top selling sepanjang tahun. Menjadi tunjang kepada Firzani Bake Houz selama ini

Terdapat dalm 5 perasa; blueberry/strawberry/kiwi/lemon dan coklat


Biskut Oat Delight RM20






Antara biskut yang menjadi pilihan ramai pelanggan kami dari tahun lepas. Biskut yang agak kecil dengan rasa oat yang disadur dengan susu tepung bermutu tinggi. Sangat rangup dan kegemaran sekeluarga


Biskut Cempaka bernestum RM20

Tahun pertama diperkenalkan. Campuran nestum dan penggunaan mentega bermutu tinggi. Rangup dan harus dicuba


Biskut Dayang Sunti RM20

Biskut ini adalah diolah daripada resspi biskut suji namun ada beberapa tambahan beberapa bahan lain untuk memenuhi citarasa moden. Juga disadur susu tepung


La dida Hazel RM20

Sebenarnya ini bukan dalam golongan bisku. Penggunaa telur putih ala2 macaron adalah keistimewaan biskut ini. Cair didalam mulut. Dan dicampur dengan sedikit paste bg memberi rasa mewah padanya

Kami juga menyediakan sample percuma. Kepada yang teringin untuk mencuba sila hubungi saya kecuali bg cheese tart yang tidak disediakan sample.

Tawaran menarik kepada pelanggan yang membeli lebih dari 10 bekas akan diberi 1 bekas lg percuma (agen dikecualikan)

Juga kepada yang berminat menjadi agen juga dialu-alukan dengan diskaun menarik menanti. Sila hubungi saya secepat mungkin. Juga disediakan sample dalam pek yang mudah diedarkan

Selamat mencuba

Friday, July 1, 2011

Carrot Walnut & Marble Cake untuk Kenduri










4 biji kek ni ditempah oleh Jalilah from Alliance Bank. TQ








ini diselit oleh kak izah. yang nk sikit je katanya 25 pcs je. org bujang katakan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Phone No:
Do you need delivery service? Yes (please fill up address below)
No (self pick up)
Address:
Email Address:
Product Type Cheese Tart
Muffin
Cupcake
Cream Cake (b'day & celebration)
Oval Cake
Biskut
lain-lain

This form powered by Freedback